Wednesday, 15 April 2015

Malam Gala Filem : Abang Lejen





13/4/2015 
Cathay Ecurve
Abang Lejen
Terbitan : Mangkin Prestij
Pengarah : Azaromi  Ghozali
Pelakon : Farid Kamil,Intan Ladyana,Fadlan Hazim,Adiba Yunus,Along Ezendy,Shahfiez,Hamid Gurkha
Sinopsis
Filem yang mengisahkan Ajim lakonan Farid Kamil yang sangat menyayangi adiknya,Alan (Fadhlan Hazim).Selepas kematian ibu bapanya,Ajim mengambil alih sepenuhnya tugas menjaga Alan.Intan (Intan Ladyana) dari kecil amat menyukai Ajim.Menonton telatah mereka memang kelakar.Ajim "jual mahal".Pada suatu hari Alan telah jatuh hati pada seorang gadis iaitu Adibah.Alan menyuarakan hasrat ingin mengahwini Adibah.Karim dan rakan-rakan selalu membuli Alan.Tetapi Ajim sentiasa ada untuk menjaga Alan.Akhirnya Karim memberitahu Alan akan siapa sebenarnya Ajim yang telah "membunuh" kedua ibu bapanya.Ingin tahu selanjutnya saksikan "Abang Lenjen" terbitan Mangkin Prestij arahan Azaromi Ghozali yang akan ditayangkan 16 April 2015.




Tuesday, 7 April 2015

Malam Gala Filem : Hantu Bungkus Ikat Tepi



 Hantu Bungkus Ikat Tepi

Mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang terjumpa mayat yang berlumuran darah terbaring di atas jalan semasa menaiki kereta pada malam hari. Mereka yang panik telah memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cap jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu. 

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat tersebut dengan ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam apabila polis menemuinya nanti. Walau bagaimanapun selepas kejadian tersebut, perkara yang tidak baik berlaku kepada mereka apabila dihantui oleh roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mereka terpaksa meminta bantuan Mimie  (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut dengan harapan roh tersebut tidak lagi mengganggu mereka. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

Tajuk : Hantu Bungkus Ikat Tepi
Tarikh Tayangan : 9 April 2015
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Tauke, Yus, Abam Bocey, Nora Danish, Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Niezam Zaidi
Terbitan : Metrowealth



Friday, 3 April 2015

Malam Gala Filem : Gudang Kubur








Filem Gudang Kubur mengisahkan pasangan suami isteri Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra  (Nora Danish) yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya.

Anuar, seorang tauke gudang tidak menyangka dia menjalankan perniagaan di atas tanah kubur.

Mereka tidak menduga bahawa gudang tersebut menyembunyikan satu rahsia sehingga menimbulkan konflik dalam rumah tangga.

Kehadiran pasangan ini juga tidak disenangi ‘sesuatu’ yang sekian lama mendiami gudang kosong itu.

Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.

Pelakon: Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaimie, Nizam Zaidi, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul

Pengarah: Eyra Rahman
Penerbit: Mangkin Prestij Sdn Bhd