Wednesday, 20 May 2015

Malam Gala Filem : Gamatisme







Preview Filem Gamatisme
Cineplax Cathay @ecurve @9pm
Teraju Utama : Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Adeline Tsen, Wan Elyas, Bubu ,Idris Md Diah, Norish Karman
Penerbit        : Dato' Normashayu Puteh
Pengarah      : M.Hitler Zami (FDAM)
Soundtrack   : Yuzaidania (Naluri)

Sinopsis 

Kisah bergenre psiko seram ini berlaku di sekitar sebuah kolej swasta jurusan Akademi Kesenian,melibatkan 4 orang sahabat karib iaitu Haris (Syazwan Zulkifly),Daniel (Wan Elyas),Reen (Adeline Tsen) dan juga Jojo (Bubu) yang sering mendapat gangguan misteri di hostel mereka semenjak kehadiran pelajar baru bernama Zara (Nabila Huda).Zara kerap di hantui mimpi-mimpi aneh dan sering diganggu oleh seorang wanita yang mengandung bersama bayinya.Haris yang menyimpan perasaan terhadap Zara cuba mendekati dan menyelami perasaan Zara.Reen yang juga rakan sebilik Zara turut mendekatinya disebabkan runsing dengan kemurungan Zara.Sehinggalah satu malam,sahabat karib mereka,Jojo mati dalam keadaan mengerikan di dalam bilik air.Pada malam berikutnya,Reen pula menjadi mangsa yang seterusnya.Siapakah yang membunuh Jojo dan Reen?Siapakah mangsa seterusnya??Apakah yang telah berlaku kepada Zara??Siapakah Zara sebenarnye??Segalanya akan terjawab di dalam " #Gamatisme " (Jiwa Kacau)Saksikan filem ini yang bakal mengganggu jiwa anda di pawagam yang terpilih mulai 28 Mei 2015.. #SupportFilemTempatan 



Monday, 18 May 2015

Malam Gala Filem : Suami Aku Ustaz

       




 






Filem : Suami Aku Ustaz
Venue : Cathay Cineplax ecurve
Terbitan : Karya Seni
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Pengarah bersama : Adi Putra
Para Pelakon : Adi Putra,Nora   Danish,Jue Aziz,Izzue Islam,Betty Rahmad,Liza Abdullah,Kamaliah Mat Don,Razak Ahmad
 

Sinopsis :

Filem Suamiku Ustaz mengisahkan Ustaz Hafiz lakonan Adi Putra yang menikahi Alisa (Nora Danish) yang merupakan adik sepupunya. Alisa seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM merasa tertekan kerana dipaksa berkahwin dalam usia yang muda. Sepanjang ketiadaan ibu bapanya yang pergi menunaikan umrah,Ustaz Hafiz bertanggungjawab menjaga Alisa. Pelbagai kerenah Alisa yang adakalanya membuatkan hatinya tersinggung. Perasaan sayang yang mendalam membuatkan dia bersabar. Johan lakonan Izzue Islam merupakan sahabat baik Alisa dan kemesraan mereka membuatkan Ustaz Hafiz cemburu. Pelbagai aksi mencuit hati antara Ustaz Hafiz dan Alisa. Akhirnya perkahwinan mereka yang dirahsiakan selama ini heboh apabila salah seorang  di antara Johan (Izzue Islam) Wati (Betty Rahmad) dan Cikgu Liana (Jue Aziz) menghebahkannya di laman sosial milik Ustaz Hafiz. Apakah yang akan terjadi seterusnya?Siapakah sebenarnya yang membuat aduan ke atas Ustaz Hafiz yang di dakwa merogol budak bawah umur?Adakah Alisa akan setia di sisi Ustaz Hafiz? Sama-sama kita saksikan filem "Suamiku Ustaz" yang akan ditayangkan mulai 14 Mei 2015. Secara peribadinya bagi saya filem ini kelakar,sedih dan tidak membosankan.     Nantikan filem pertama di bawah Karya Seni ini di pawagam berhampiran anda. 



Majlis Sambutan 50 tahun EMI Malaysia & Pelancaran Album-Album terbitan EMI & Universal Studio di Saloma Bistro

Bertempat di Saloma Bistro telah berlangsungnya "Majlis sambutan 50 tahun EMI Malaysia & Pelancaran Album-Album terbitan EMI & Universal Music Malaysia."Majlis dihadiri golongan artis yang pernah dan masih bernaung di bawah Syarikat EMI.Antaranya Ella,Nassier Wahab,Ramlah Ram,Datuk DJ Dave,Datuk Jeffrydin,Datuk Uji Rashid,Dahlan Zainuddin,Datuk Hail Amir,Pak Yunos,Ibu Nona,Datuk A Rahman Hassan,Herman Tino dan ramai lagi.Majlis dipengerusikan oleh Saudara Nizal Muhammad.