
Venue : Cathay Cineplax ecurve
Terbitan : Karya Seni
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Pengarah bersama : Adi Putra
Para Pelakon : Adi Putra,Nora Danish,Jue Aziz,Izzue Islam,Betty Rahmad,Liza Abdullah,Kamaliah Mat Don,Razak Ahmad
Sinopsis :
Filem Suamiku Ustaz mengisahkan Ustaz Hafiz lakonan Adi Putra yang menikahi Alisa (Nora Danish) yang merupakan adik sepupunya. Alisa seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM merasa tertekan kerana dipaksa berkahwin dalam usia yang muda. Sepanjang ketiadaan ibu bapanya yang pergi menunaikan umrah,Ustaz Hafiz bertanggungjawab menjaga Alisa. Pelbagai kerenah Alisa yang adakalanya membuatkan hatinya tersinggung. Perasaan sayang yang mendalam membuatkan dia bersabar. Johan lakonan Izzue Islam merupakan sahabat baik Alisa dan kemesraan mereka membuatkan Ustaz Hafiz cemburu. Pelbagai aksi mencuit hati antara Ustaz Hafiz dan Alisa. Akhirnya perkahwinan mereka yang dirahsiakan selama ini heboh apabila salah seorang di antara Johan (Izzue Islam) Wati (Betty Rahmad) dan Cikgu Liana (Jue Aziz) menghebahkannya di laman sosial milik Ustaz Hafiz. Apakah yang akan terjadi seterusnya?Siapakah sebenarnya yang membuat aduan ke atas Ustaz Hafiz yang di dakwa merogol budak bawah umur?Adakah Alisa akan setia di sisi Ustaz Hafiz? Sama-sama kita saksikan filem "Suamiku Ustaz" yang akan ditayangkan mulai 14 Mei 2015. Secara peribadinya bagi saya filem ini kelakar,sedih dan tidak membosankan. Nantikan filem pertama di bawah Karya Seni ini di pawagam berhampiran anda.
No comments:
Post a Comment